loving !

loving !

Thursday 29 November 2012

Warkah buat calon suami ku (:


Apa khabar iman mu hari ini ?
Sudah kah hari mu diawali dengan syukur ?
Kerana dapat menatap kembali fana nya hidup ini ..
Sudah kah air wudhu' menyegarkan kembali ingatan mu ?
atas amanah yang saat ini sedang kau genggam ?

Wahai CAL0N SUAMI KU (:
Tahu kah engkau bahawa ALLAH mencintai ku dengan dasyat nya ?
Di sini aku di tempa untuk menjadi dewasa ..
Agar aku lebih bijak menyingkapi makna sebuah kehidupan ..
dan bersiap sedia untuk mendampingi mu ..
Meski pun kadang kala keluh dan putus asa menyingkapi ..
Namun kini ku rasakan diri ini lebih baik ..

Kadang aku tertanya ..
Mengapa ALLAH sering menguji ku tepat di haty ku ?
Bahagian terapuh di haty ..
Namun kini aku tahu jawab nya ..
ALLAH tahu di mana tempat yang paling tepat buat ku ..
Supaya aku sentiasa menyintai NYA ..
Ujian demi ujian membuatkan aku lebih teguh ..
Sehingga saat kelak kita bertemu ..
Kau akan bangga kerana telah memiliki aku di haty mu ..

CAL0N SUAMIKU ..
Entah di mana kamu sekarang ..
Tapi aku yakin ALLAH jua mencintaimu sebagaimana DIA mencintai ku ..
Aku yakin kini DIA sedang melatih mu menjadi mujahid yang teguh ..
Sehingga aku akan berbangga memiliki mu kelak ..

Apa yang aku harap kan dari mu adalah kesalihan ..
Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dari ku ..
Hanya sia-sia yang akan kau perolehi ..
Aku masih haus akan ilmu ..
Namun berbekalkan ilmu yang aku ada saat ini ..
Aku berharap dapat menjadi ISTERI yang baik buat diri mu ..
Wahai CAL0N SUAMIKU (:

No comments:

Post a Comment